Monday, December 14, 2009

Cuti dan Kem Tahfiz


Sempena cuti sekolah kali ini, SRI Ibnu Nafis Kulai telah dan sedang mengadakan Kem Tahfiz al-Quran & Smart Solat bermula dari 5 Dis hingga 20 Dis.

Sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan, lebih-lebih lagi inilah kali pertama dianjurkan di kulai. Kira-kira 63 peserta telah menyertai kem ini yang terdiri dari murid tahun 3 hingga tinggakatan 4.

Penganjuran kem ini memang ditunggu-tunggu, cuma diperingkat penganjuran memerlukan lebih pengalaman untuk memantapkan pengisian untuk menghasilkan dapatan yang diinginkan.

Penganjuran yang memakan masa 2 minggu ini dirasakan amat panjang dalam keadaan persediaan yang terbatas.

Apa yang menarik sepanjang perjalanan kem ini ialah peserta didedahkan teknik menghafal al-quran, penghayatan fardu ain dan adab-adab dalam kehidupan.

Kesimpulannya, kem ini banyak memberi manfaat kepada peserta dalam mengisi cuti sekolah yang panjang ini dengan pengisian diri yang bermanfaat. Semoga peserta ini dapat menmpraktikkan segala ilmu yang ditimba dalam kem ini seperti membaca , menghafal al-quran, solat berjemaah, menutup aurat, berdisiplin dan beradab dalam kehidupan seharian selepas ini.

Saturday, November 21, 2009

ASAS TARBIYYAH

PENGENALAN TARBIYYAH
Tarbiyyah yang dimaksudkan ini ialah, ”proses mendidik dan melatih akal, rohani dan jasmani manusia dengan asas nilai-nilai islamiah, yang bersumberkan wahyu al-Qur’an dan Sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.” Bertolak dari definisi ini dapat disimpulkan bahawa pendidikan Islam itu menekankan konsep-konsep berikut:
1. Pendidikan seumur hidup.
2. Pembangunan seluruh potensi manusia (roh, akal dan jasad) secara padu dan mencakupi aspek kognitif, efektif dan rasional sekaligus.
3. Menyampaikan dua fungsi:
a) sebagai hamba Allah (cubudiyyah, latitude); dan
b) sebagai khalifah Allah (wakil Allah di bumi, vicegerent of Allah)
4. Memakmurkan seluruh alam di atas dasar;
a) kesepaduan dan kesempurnaan iman (Faith)
b) Ilmu (knowledge) dan amal soleh (virtous deeds) demi untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Friday, November 20, 2009

Selamat Datang


Selamat Datang ke Laman Tarbiyyah Rohani anda....
Tarbiyyah rohani amat penting kepada semua umat lebih-lebih lagi dalam kehidupan sekarang yang amat mencabar. Pelbagai medan harus diisi dengan pengisian yang bermanfaat hanya satu tujuan menambah bekalan ke alam yang abadi. moga kita dapat capai redha Allah. Amin